Saturday, August 20, 2011

LASIK - Credit to Prof Muhaya Mohamed



Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahilallah. ALLAHUAKBAR!

16/8/2011 - buat assessment. Prof Muhaya bagi green light. Yes! Boleh buat LASIK.

19/8/2011
Buat LASIK kt PCMC. Inilah pengalamanku dari mula sampai kat PCMC, sampai la... tengokla kat mana akhirnya nanti. :)

8.45pagi - Tiba di PCMC Lasik Center.
Appointment pukul 11pagi, tp sebab guna Driver Tak Berbayar, kena la pegi awal.

9.30pagi - Procedure bermula
Dimulakan dengan sesi menjawab questionnaire. Tersengih mendengar dan menyaksikan telatah mesra 1 family yang datang temankan Si Ayah buat LASIK. Anak2 gelakkan Si Ayah sebab menjawab Questionnaire dgn penuh khusyuk sampai bukan soalan pun dipangkah NO. Hihihihi... Wish my family will be like that in future.
Rasa berdebar memang tak pernah hilang. Sejak dari rumah sampai la dah mata ni dah dibagi eye drops untuk LASIK procedure tu. Takpe, sambil berzikir layan background music of Kenny G's greatest hit.
MasyaAllah, moga Prof Muhaya dan staff2 beliau sentiasa dirahmati Allah.
Tutur kata penuh sopan dan lembut. Tak kurang gak yang comel, mcm Staff Nurse Suzana.

10.30pagi - Mula dah ni...
Nak masuk procedure room, Prof Muhaya capai tangan aku, bimbing masuk bilik tu. Korang pernah tak jumpa Doktor yang pimpin tangan korang untuk check up or for any medical procedure?
Waaa... rasa nak nangis terharu. Terbang melayang debaran aku.

Baring je kt tempat pembaringan, aku dah mula berdebar balik. Nasib baik ada background music yang sungguh mengasyikkan. Lepas betulkan kepala kt tempat pembaringan, muka dilap dan dioles disinfectant. Sedang asyik layan music, tiba2 Prof cakap, "OK, kita nak mulakan procedure sekarang. Kita mulakan dengan Al-Fatihah semua." Sambil mulut kumat-kamit membaca Al-Fatihah, aku ditolak ke bawah mesin pertama.

Mesin pertama - VisuMax Femtosecond Lase
Ini mesin utk potong and bukak flap cornea. Apa yang korang perlu buat bila dah terbaring bawah mesin ni? Ini apa yang aku buat.
Mula dengan mata kanan, bila mesin tu dah dekat dengan mata, mata akan dipasang sejenis contact lense, rasa kurang selesa sebab aku memang tak pandai pakai contact lense. Aku ignore je, sambil fikir, "Alah, masa mata aku masuk habuk kayu & luka dulu lagi tak selesa". Lepas tu, nampak lah cahaya hijau yg nurse2 tadi cakap. Fokus! Fokus! Tumpukan pada lampu hijau tu je. Suppose mesin tu akan cakap, "Suntion On". Aku tak dengar pun, punyala fokus tengok lampu hijau tu. Tiba2, dengar suara Prof, "
"Alhamdulillah. Hayana, awak ni memang sangat tenang la orang nye. Sekarang kita mulakan dengan mata kiri ye."
Fokus yang sama aku repeat untuk mata kiri. Ha, kali ni baru aku dengar "Sunction On" tu. Owh.. itu rupanya suara mesin tu. Macam kat citer iRobot lak masa dia count down tu. E..eh.... dalam teringat citer iRobot, dah selesai rupanya procedure kat mesin pertama. Alhamdulillah.

Mesin kedua - MEL 80 Excimer Laser
Kali ni aku betul2 tenang. Mungkin kerana semangat dan energy yang Prof salurkan kat aku. Aku boleh nampak masa Prof bukak flap cornea. MasyaAllah!. Aku dengar Prof cakap "Beautiful Ramadhan bubble". Aku rasa itu la benda yang dia sapu kat cornea aku. Bubble dia tak mengkaburkan mata aku, sampai aku boleh nampak semua yang dia lakukan.

Lepas tu mula la proses laser. Untuk mesin ni pun sama, fokus pada lampu hijau.
Aku cuma ingat jadi Cyclop (XMen je masa tu). Ada sedikit bau terbakar yang aku hidu tapi langsung tak rasa apa. Tiba2 dah selesai mata kanan. Begitulah seterusnya pada mata kiri. Hingga selesai.

Seusai procedure - Rehat sambil layan Kenny G's Songbird
Hmmm... air mata berderai... Sedikit pedih dan kurang selesa. Pandangan sedikit foggy. Nurse pakaikan spek itam Panca Sitara. Lepas tu titiskan lubricant eye drops kt mata. Rasa selesa sikit.
Rehat 1 1/2 jam kat situ, Prof nak check balik mata.
Alhamdulillah, successful!
Sekarang baru aku nampak tulisan yg kat kotak merah luar tingkap tu (TANPA MR SPEKKY!!!). Tertulis "EMERGENCY" rupanya.
Lepas tu aku dah boleh balik. Tapi hubby aku tak sampai lagi. Dia ambik lepas solat Jumaat.
Lepak la aku kat PCMC sampai hubby sampai. Time ni, siap sempat update FB lagi tuh.

Hubby sampai, cakap nak kena balik ofis, ada sikit lagi x settle. Orait, drop kan saya kt IKEA, please. Sambil mata berkedip2 nak ilangkan kabus. Jadinya, orang lain lepas LASIK Surgery balik rumah rehat/tido. Aku??? Shopping kat IKEA.
Kantoi ngan Prof. Hihi...

Thanks, Prof. Muhaya.

Monday, August 15, 2011

Premium Beautiful - Pelaburan untuk Diri - Hasil untuk Diri, Suami dan Keluarga.



Kenapa title post tu macam tu? Ha, ini la journey baru in this phase of my life. Dah byk sangat kerosakan berlaku pada badan ni. So, this is the time for me to rectify it. Memohon dan berdoa agar pilihan ini membawa aku ke arah hidup yang lebih sihat. Bila sihat, boleh la tunaikan semua kewajipan dgn senang. Tak kira la untuk suami, anak2, ibu bapa dan yang paling penting kepada Allah s.w.t. Semuanya kerana Allah.

11/8/2011
Untuk rujukan di masa hadapan.

Upper bust : 90cm
Lower bust : 78cm
Waist : 83cm
Butt : 108cm

Hari pertama pakai PB. Wah, rasa kurus serta merta. Anak dara aku ckp, "Wow, Ibu mcm CatWoman" Hihihi… sengihan bermula.

Sampai opis ada yg tegur. You look like you lose weight. Sengihan continue…

Rupanya long girdle & waist nipper yg aku ambik tu besar. Kena ambik saiz lagi kecik utk betul2 berkesan. Biasalah, kalau dah figure lari sampai mcm buah pear, mmg alignment ngan balancing pun lari. Atas kecik, bawah besar. Bila dh pakai PB ni, baru la rasa selari sikit figure.


13/8/2011

Kt rumah & kedai - pakai waist nipper je sebab yg lain tgh dibasuh.
Try la nk guna cangkuk kedua (ANGAN2 yg sgt tinggi!!!)
Sampai anak daraku bantu pun tak boleh. Lepas tu bergolek ketawa atas katil.

Xpe la, Ibu. Nnt kita cuba lagi… hahaha.



15/8/2011

Melangkah ngan penuh gaya ke opis. Posture pun tegak je. Rasa cam bos kt syarikat korporat pulak. Haha…
Sepanjang duduk kt workstation, belakang tegak je. Takde la nak slouch mcm biasa. Bagus jugak pakai PB ni. Kalau tak, setiap setengah jam mesti dah macam corner baring kat kerusi. Hihi….

X sabar nk buat centimetres reading, after 2 weeks pakai.

18/8/2011

Waaaaa...... Mcmana boleh terlupa ni.
Terendam PB semalaman. Tolonggggggggggg..... Kena la keringkan bawah kipas n cuti la pakai hari ni.


20/8/2011

Sikit lagi... sikit lagi.... sikit lagi apa? Hehe... sikit lagi nk pakai waist nipper cangkuk kedua. Lalalalala....
Saya rasa, aset saya mula membentuk ke bentuk asal. Wah... kena ambik measurement ni.
Sekarang ni bila nak pakai pun, dah boleh cangkuk kan sendiri. Dah takde dah anak dara aku sibuk nk kena tolong sambil gelak2 golek2 atas katil.
Hihihihi........

Saya berjanji, saya akan menjaga body saya sendiri, sebagaimana body saya telah menjaga diri saya selama ini. (OK tak ikrar tu?)